Tamadun Menurut Sarjana Barat
dan Sarjana Islam
Tamadun Menurut Sarjana Barat
a) Arnold Toynbee
-
Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota.
-
Tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.
-
Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat mebantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
b) A.S. Hornby dan E.C Parnwell
-
Menyatakan dalam bukunya "The Progressive English Dictionary" tamadun bermaksud "meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.
c) J.R. Strayer
-
Menerangkan dalam bukunya "The Mainstream Of Civilization" menjelaskan perkataan tamadun amat rapat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun itu lahir di bandar.
d) J.K Fiebleman
-
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
e) Oswarld Spengler
-
Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.
f) Will Durat
-
Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.
Tamadun Menurut Sarjan Islam
a) Ibnu Khaldun
-
Menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perkebalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.
b) Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi
-
Mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.
c) Muhammad Rasyid Redha
-
Agama adalah asas tamadun, ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasakan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.
d) Sayyid Qutb
-
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.
e) Said Hawa
-
Tamadun terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiiah.
-
Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.
-
Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.
f) Umar Audah al-Khatib
-
Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.
g) Muhammad al-Bahiy
-
Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.