CIRI-CIRI ASAS TAMADUN
-
Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu(Kota, bandar, kepolisan)
-
Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.
-
Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.
-
Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi.
-
Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.
-
Peningkatan daya reka cipta dalam bidang teknologi & pembinaan.
-
Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.
Faktor-Faktor Yang Mendorong Kelahiran
dan Perkembangan Tamadun
-
Kedudukan yang strategik memungkinkan penggunaan sumber semulajadi demi kelangsungan kehidupan.
-
Rangsangan keagamaan dan kerohanian.
-
Penghayatan yang tertinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji.
-
Kesengsaraan hidup (Tamadun Jepun)
-
Keterbukaan dan toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain.